Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Latihan Baris di Bukit Berdekatan Balai Bomba Rimba

Latihan Baris di Bukit Berdekatan Balai Bomba Rimba.jpg





Bandar Seri Begawan, Hari Rabu, 31hb Mac 2021 


Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Balai Bomba Rimba, Cawangan Operasi ‘C’ telah mengadakan Latihan Baris Mencari dan Menyelamat Mangsa Di Sungai (S.A.R / Jungle Rescue) untuk meningkatkan persiapan dan persediaan bagi Pegawai dan Anggota Unit Skuad Khas yang melibatkan setiap Pasukan telah dijalankan sebanyak 3 kali. Latihan baris tersebut diketuai oleh Pmk. Penolong Penguasa Bomba Hanapi Bin Hj Hamid, Stesen Komander Balai Bomba Rimba.


Senario latihan melibatkan tiga orang telah mendaki bukit dalam berkumpulan lalu terjatuh berdekatan sungai. Mangsa yang dicari dan diselamatkan lebih kurang 50 meter berjalan dari kaki bukit dan sejauh 50 meter jarak dari sungai untuk menyelamatkan ketiga orang mangsa.


Hadir bagi menyaksikan latihan baris tersebut adalah SSFR Pg Azizul Rahman Bin Pg Hj Yussop, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'C' dan SFR Haji Mustapa Bin Haji Mohammad, Timbalan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’.


Objektif latihan adalah:

• Hasil dari Latihan Baris Di Bukit Tempayan Pisang pada 13hb Mac 2021 yang melibatkan Operasi Bersepadu bersama agensi-agensi yang lain seperti Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Emergency Medical Ambulance Services (EMAS) dan Majlis Perundingan Kampong Serasa.

• Mengenal pasti jurang keupayaan (Capability Gaps) dan persiapan dalam meningkatkan keupayaan agensi-agensi keselamatan dalam menangani kecemasan yang melibatkan Operasi Mencari dan Menyelamat (S.A.R, Jungle Rescue).

• Menyelaraskan prosedur tindak balas serta keberkesanan interoperability diantara agensi-agensi keselamatan.

• Menilai keberkesanan perlaksanaan Pelan Tindakan Kecemasan setiap agensi dan perintah serta kawalan dalam melaksanakan operasi bersama.


Jabatan Bomba dan penyelamat menekankan kepada orang ramai khususnya bagi pengemar hiking agar :-

Pastikan tahu akan keadaan cuaca dari masa ke semasa dan tidak meneruskan aktiviti jika keadaan sudah mulai gelap ( 6pm ).

Jangan mendaki bukit secara berseorangan ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku dan maklumkan kepada keluarga atau kawan-kawan dimana tempat awda hendak tuju.

Untuk keselamatan awda semasa hiking disarankan agar awda membawa bersama wisel, lampu, telepon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan.


Jika berlaku sebarang insiden melibatkan kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dengan segera dan berikan maklumat yang tepat.


Created at 03/04/2021 09:24 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 03/04/2021 09:24 by Shahidah Binti Hj Othman