Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Latihan Baris Menyelamat Mangsa (Urban Search and Rescue USAR)

Latihan Baris Menyelamatkan Mangsa (Urban Search and Rescue USAR) 1.jpg




Temburong, Hari Khamis,  1hb April 2021 


Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Cawangan Operasi ‘G’ dengan kerjasama Amberheigh Sdn Bhd telah mengadakan Latihan Baris Menyelamat Mangsa di kawasan tapak projek di Pekan Bangar.


Senario latihan melibatkan seorang mangsa iaitu pekerja projek pembinaan saluran pembentungan yangmana didapati tidak sedarkan diri pada kedalaman 4 meter oleh penyelia tapak. Sepasukan anggota bomba beserta sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar telah dikerahkan ke tempat kejadian. 


Sampai di tempat kejadian anggota bomba menggunakan teknik menyelamat di ruang sempit (confined space rescue) untuk mengeluarkan mangsa.


Latihan turut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah Operasi 'G', SSFR Haji Afiq Bin Haji Julah dan ASO Ahmad Bin Haji Kassim, Timbalan Stesen Komander Balai Bomba Bangar.


Objektif latihan adalah:

• Meningkatkan pengetahuan Anggota Bomba dalam tatacara tindakan dan penggunaan perkakas khas semasa menyelamatkan mangsa.

• Sebagai persiapan dan menguji respons kecemasan jabatan dan kontraktor sekiranya berlaku kemalangan sepanjang projek dijalankan

• Menilai keberkesanan tindakan kecemasan dan prosedur tetap operasi (SOP) dalam menangani kecemasan yang melibatkan kemalangan tapak binaan.


Jika berlaku sebarang insiden melibatkan kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dengan segera dan berikan maklumat yang tepat.


LATIHAN BARIS MENYELAMATKAN  MANGSA (Urban Search and Rescue USAR).jpg

LATIHAN BARIS MENYELAMATKAN  MANGSA (Urban Search and Rescue USAR) 1.jpg

Created at 03/04/2021 09:35 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 03/04/2021 09:35 by Shahidah Binti Hj Othman