Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PENYERAHAN SIJIL MASYARAKAT BERJASA BAGI 3 KEJADIAN KEBAKARAN BERASINGAN

PENYERAHAN SIJIL MASYARAKAT BERJASA BAGI 3 KEJADIAN KEBAKARAN BERASINGAN.jpg



Bandar Seri Begawan - Rabu, 28 April 2021 


Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Cawangan Operasi ‘C’, telah menyerahkan sijil masyarakat berjasa kepada 9 orang awam yangmana telah berjaya memadamkan kebakaran di 3 tempat berasingan iaitu Kebakaran kereta dan Kebakaran Elektrik.


Tindakan pantas mereka telah berjaya memadamkan kebakaran tersebut.  


Bagi Kebakaran Kereta di Jalan Pasir Berakas, mereka yang berkenaan ialah:-


1. Aida Raficca Bte Bolhassan (pernah menghadiri kursus Fire Marshal dari Jabatan Bomba dan  Penyelamat)

2. Dayang Siti Hamizah Bte Awang Ismail (pernah menghadiri kursus Fire Marshal dari Jabatan Bomba dan  Penyelamat)

3. Mohd Redzam Bin Roslan.

4. Mohd Syazwi Bin Mohd Tamin.

5. Irzy Bte Tuah.

6. Nur Kamalin Mastura Bte Abdullah.


Bagi Kebakaran Elektrik di Bangunan Knowledge Hub, Kg Anggerek Desa berjaya dipadamkan oleh Lim Fun.


Dan bagi Kebakaran Elektrik di Bolkiah Garisson, dipadamkan oleh Sukirno Bin Moh Duljani.


Penyerahan sijil tersebut disampaikan oleh YM SSFR Pg Azizul Rahman Bin Pg Haji Yusop, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’ di Balai Bomba Rimba. Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’, SFR Haji Mustapa Bin Haji Mohamad.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang awam hendaklah berhubung terus ke JBP melalui Talian Kecemasan Bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 04/05/2021 09:59 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 04/05/2021 09:59 by Shahidah Binti Hj Othman