Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ULAR TEDUNG DI DALAM KEDAI MINI MART, SUNGAI KEBUN

ULAR TEDUNG DI DALAM KEDAI MINI MART SUNGAI KEBUN.jpg



Bandar Seri Begawan, 06 Jun, 2021 Ahad 


Seramai 4 orang anggota diketuai oleh ABK 533 Muhd Muzri Adlee Bin Haji Umar dari Balai Bomba Sungai Kebun dikejarkan ke tempat panggilan Insiden Gangguan Binatang Liar iaitu Ular beralamat Kedai Mahmoon Mini Mart, Sungai Kebun.


Di tempat panggilan didapati seekor Ular tedung, berukuran lebih kurang 1 Meter panjang berada di dalam stor kedai Ahli Bomba berjaya menangkap ular tersebut menggunakan peralatan 'Snake Catcher', seterusnya dilepaskan ke habitatnya di kawasan yang jauh dari tempat tinggal awam.


Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat:


1. Memastikan persekitaran rumah dan bangunan dalam keadaan bersih dan teratur (house keeping)


2. Memastikan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup Jika awda tidak berada di rumah bagi mengelakkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular, buaya dan monyet memasuki rumah awda.


3. Jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


ULAR TEDUNG DI DALAM KEDAI MINI MART SUNGAI KEBUN 1.jpg

Created at 08/06/2021 08:26 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/06/2021 08:26 by Shahidah Binti Hj Othman