Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA SEKURITI DENGAN PENGETAHUAN FIRE MARSHAL BERJAYA MEMADAM KEBAKARAN KENDERAAN

ANGGOTA SEKURITI DENGAN PENGETAHUAN FIRE MARSHAL BERJAYA MEMADAM KEBAKARAN KENDERAAN.jpg



Bandar Seri Begawan, Sabtu, 5 Jun 2021 


Sebuah jentera dari Balai Bomba Berakas yang diketuai oleh DSO Haji Sufri Bin Haji Bolaji bersama 6 anggota dikejarkan ke insiden kebakaran kereta pada jam 1238hrs di Kawasan Letak Kereta Kementerian Belia dan Sukan, Kg Sg Akar.


Sampai didapati sebuah kereta sedan telah terbakar sebahagian di bahagian enjin kereta dalam keadaan parking.  Api telahpun dapat dipadamkan oleh pegawai keselamatan Setia Protective Security Services, S3309 Zulhilmi bin Abdullah yang telah mengikuti Kursus Fire Marshal. Api dipadamkan menggunakan fire extinguisher 7.8 Kg jenis dry powder sebelum kereta Bomba sampai. Ahli Bomba bertindak standby membawa 1 biji alat pemadam api jenis debu kering. Tidak ada korban jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan orang ramai agar :


1. Sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan kebakaran kereta.


2. Memastikan pemasangan pendawaian bagi peralatan elektrik di kenderaan dilaksanakan oleh pekerja bengkel yang bertauliah supaya pendawaian yang dibuat itu adalah dengan cara yang betul, yang tidak  mendatangkan bahaya kebakaran.


3. Dinasihatkan mempunyai alat pemadam api jenis Dry Chemical Powder di dalam kereta.


4. Bagi kenderaan yang melebihi usia 7 tahun ke atas dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di bengkel-bengkel yang mahir dan bertauliah.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan Bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


ANGGOTA SEKURITI DENGAN PENGETAHUAN FIRE MARSHAL BERJAYA MEMADAM KEBAKARAN KENDERAAN 1.jpg

Created at 08/06/2021 08:31 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/06/2021 08:31 by Shahidah Binti Hj Othman