Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA BERHADAPAN ANCAMAN BUAYA DEMI KESELAMATAN ORANG AWAM

ANGGOTA BOMBA BERHADAPAN ANCAMAN BUAYA DEMI KESELAMATAN ORANG AWAM.jpg



Bandar Seri Begawan, (Isnin) 07 Jun 2021


Seramai 05 orang anggota bomba dari Balai Bomba Pelancaran yang diketuai oleh ASO Haji Murni Bin Haji Maidin menghadiri panggilan Insiden Gangguan Binatang Liar iaitu Buaya di alamat Jeti Sekolah Rendah Haji Tarip, Kampong Tamoi, jam 0625 hrs.


Apabila sampai di tempat panggilan didapati seekor buaya terjerat berukuran 4.5m panjang. Anggota bomba bertindak menangkap dan mengikat buaya tersebut menggunakan tali dan diserahkan kepada pihak Jabatan Haiwan Liar bagi tindakan selanjutnya.


Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada orang awam agar:-


1. Memastikan persekitaran kawasan dalam keadaan bersih dan teratur ( housekeeping )


2. Memastikan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup Jika awda tidak berada di rumah bagi mengelakkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular, buaya dan monyet memasuki rumah awda.


Dikesempatan ini Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


ANGGOTA BOMBA BERHADAPAN ANCAMAN BUAYA DEMI KESELAMATAN ORANG AWAM 1.jpg

Created at 08/06/2021 08:37 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/06/2021 08:37 by Shahidah Binti Hj Othman