Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA MEMELUK AGAMA ISLAM

ANGGOTA BOMBA MEMELUK AGAMA ISLAM.jpg

 


TEMBURONG, Isnin, 07 Jun 2021 


Seorang Anggota Bomba dari Balai Bomba Berakas bernama AB 1221 Lim Chee Kang telah memeluk Agama Islam dan memilih nama islamnya Muhammad Ar-Rayyan Lim Bin Abdullah Lim yang disempurnakan di Pos Da’wah Kampong Selapon pada 06 Jun 2021, Hari Ahad.


Hadir bagi Majlis Pengislaman YM Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’, SSFR Pengiran Azizul Rahman Bin Pg Haji Yusop, YM Timbalan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’,  SFR Haji Mustapa Bin Haji Mohamad dan YM Stesen Komander Balai Bomba Berakas, ASFR Mushidee Bin Junaidi. Tetamu Kehormat Majlis YB Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin Bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, Menteri Hal Ehwal Ugama.


Dikesempatan ini Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan Bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


ANGGOTA BOMBA MEMELUK AGAMA ISLAM 1.jpg

ANGGOTA BOMBA MEMELUK AGAMA ISLAM 2.jpg

Created at 10/06/2021 09:43 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 10/06/2021 09:43 by Shahidah Binti Hj Othman