Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MEMADAMKAN KEBAKARAN DAPUR

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MEMADAMKAN KEBAKARAN DAPUR.jpg



Daerah Temburong, 15 Julai 2021, Hari Khamis


Seramai 12 orang anggota bomba dari Balai Bomba Bangar yang diketuai oleh ASO Haji Yusuf Bin Haji Jerudin serta dua jentera dikejarkan ke insiden kebakaran dapur di alamat Kampung Menengah pada jam 2158hrs. 


Sampai di tempat kejadian, didapati api kecil telah membakar sebuah dapur memasak dan Anggota bomba segera bertindak memadamkan kebakaran menggunakan 1 jet hos 64mm. Punca api dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan dan tidak ada korban jiwa dilaporkan.


JBP menyarankan orang ramai agar :


1. Pastikan kediaman awda dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api seperti Jenis ‘Dry Powder’, Selimut Api (Fire Blanket), atau Alat Pengesan Asap (Smoke Detector Battery Operated),


2. Memastikan pemasangan pendawaian dan peralatan elektrik di dalam kediaman dilaksanakan oleh pekerja yang bertauliah,


3. Pastikan mematikan (Switch Off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.


4. Jangan meninggalkan masakan atau memakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk semasa awda hendak memasak.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Kursus Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hendaklah segera menghubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 19/07/2021 08:06 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 19/07/2021 08:06 by Shahidah Binti Hj Othman