Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MEMADAMKAN KEBAKARAN KERETA DI KAWASAN KAMPUNG SELAYUN SENGKURONG

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MEMADAMKAN KEBAKARAN KERETA DI KAWASAN KAMPUNG SELAYUN SENGKURONG.jpg



Bandar Seri Begawan, 16 Julai 2021, Hari Jumaat


Seramai 11 orang anggota bomba dari Balai Bomba Jerudong Cawangan Operasi ‘F’ dikejarkan ke Insiden Kebakaran Kereta di kawasan Kg Selayun, Sengkurong  yang diketuai oleh DSO Misli bin Hj Pungut pada jam 1352 hrs.


Sampai didapati api besar membakar keseluruhan sebuah kereta di atas jalanraya semasa dalam perjalanan. Mangsa sempat keluar dari kereta tersebut dan tidak mendapat sebarang kecederaan.


Anggota Bomba segera memakai alat pernafasan dan mengeluarkan 2 aliran hos sebanyak 3 batang untuk memadamkan kebakaran tersebut.  Api dapat dikawal dalam masa 3 minit. Punca dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


JBP menyarankan orang ramai agar:-


1. Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau sistem eletrik.


2. Pengguna sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem eletrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah. Kerana Arus eletrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran.


Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


ANGGOTA BOMBA BERJAYA MEMADAMKAN KEBAKARAN KERETA DI KAWASAN KAMPUNG SELAYUN SENGKURONG 1.jpg

Created at 19/07/2021 08:19 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 19/07/2021 08:19 by Shahidah Binti Hj Othman