Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEBAKARAN KERETA BERJAYA DIPADAMKAN OLEH PENGHUNI RUMAH

KEBAKARAN KERETA BERJAYA DIPADAMKAN OLEH PENGHUNI RUMAH.jpg



Bandar Seri Begawan, 17 Julai 2021, Hari Sabtu


Seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba Mentiri telah dikejarkan ke Insiden Kebakaran Kereta di alamat Jalan Sungai Cerana RPN Kg Mengkubau yang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Hj Asli bin Hj Bini daripada Pasukan ‘A’ pada jam 1741hrs.


Sampai di tempat kejadian, didapati sebuah kereta jenis SUV yang berada dalam keadaan parking telah mendapat kebakaran di bahagian enjin. Walaubagaimanapun, api telah berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah sendiri dengan menggunakan 8 biji alat  pemadam api jenis Carbon Dioxide sebelum jentera Bomba sampai. Sebagai langkah berjaga-jaga anggota bomba bertindak memadam kereta tersebut menggunakan 1 hos reel yang mana air di dapati daripada jentera bomba.


Pemilik kereta tersebut kepunyaan warganegara tempatan. Punca api dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan. Tidak ada korban jiwa dilaporkan.


Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan orang ramai agar:-


1. Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau sistem eletrik.


2. Pengguna sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem eletrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah. Kerana Arus eletrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran.


Dikesempatan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan Jabatan Bomba Penyelamat melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


KEBAKARAN KERETA BERJAYA DIPADAMKAN OLEH PENGHUNI RUMAH 1.jpg

KEBAKARAN KERETA BERJAYA DIPADAMKAN OLEH PENGHUNI RUMAH 2.jpg



Created at 20/07/2021 10:02 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 20/07/2021 10:02 by Shahidah Binti Hj Othman