Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT BAGI PEGAWAI BALAI, PENOLONG PEGAWAI BALAI DAN AHLI BOMBA KANAN

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT BAGI PEGAWAI BALAI PENOLONG PEGAWAI BALAI DAN AHLI BOMBA KANAN.jpg



Bandar Seri Begawan, 20 Julai 2021, Hari Selasa


Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Majlis Penyampaian Tanda Pangkat yang telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Teknikal, Yang Mulia Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi.


I. Kenaikan pangkat kepada jawatan Pegawai Balai 

1. Timbalan Pegawai Balai Embran bin Haji Ya’akub


II. Kenaikan pangkat kepada jawatan Penolong Pegawai Balai 

1.  Ahli Bomba Kanan No. 289 Awang Mohamad Azani bin Haji Awang Besar


III. Kenaikan pangkat kepada jawatan Ahli Bomba Kanan 

1. Ahli Bomba Kelas Satu No. 654 Haji Mohd Noorlidini Bin Haji Mahlidini

2. Ahli Bomba Wanita Kelas Satu No. 337 Pg Norhayati binti Pg Zainal


Majlis tersebut dihadiri oleh penolong-penolong pengarah, pegawai-pegawai Kanan, pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta ahli-ahli keluarga pegawai dan anggota yang diraikan bertempat Mess Pegawai, Dewan Serbaguna Bomba, Jalan Landasan Lama, Berakas.


Dalam kesempatan ini, Jabatan tidak lupa mengucapkan syabas dan tahniah di atas kenaikan pangkat tersebut dan diharapkan ianya sebagai satu dorongan untuk meningkatkan lagi komitmen, kualiti, produktiviti dan mutu kerja yang lebih efektif ke arah menuju kecemerlangan bagi mencapai visi dan misi jabatan ini.


Jika berlaku sebarang kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT PENOLONG PEGAWAI BALAI DAN AHLI BOMBA KANAN.jpg

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT PENOLONG PEGAWAI BALAI DAN AHLI BOMBA KANAN 1.jpg

MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA PANGKAT PENOLONG PEGAWAI BALAI DAN AHLI BOMBA KANAN 2.jpg



Created at 22/07/2021 07:44 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 22/07/2021 07:44 by Shahidah Binti Hj Othman