Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PANGGILAN POKOK TUMBANG YANG MELIBATKAN ATAP RUMAH

PANGGILAN POKOK TUMBANG YANG MELIBATKAN ATAP RUMAH.jpg



Temburong, 08 September 2021, hari Rabu 


Seramai 11 orang anggota bomba dari Balai Bomba Bangar, diketuai oleh SO Jamaludin bin Ahmad telah dikejarkan insiden panggilan pokok tumbang yang melibatkan atap rumah di alamat Kampung Gadong Baru.


Sampai di tempat panggilan didapati sepohon pokok mangga berukuran lebih kurang panjang 30 meter dan garis pusat berukuran lebih kurang 60 cm telah tumbang dan menghempap sebahagian atap rumah di kawasan dapur yang dipunyai oleh seorang wanita warga tempatan.


Anggota bomba segera bertindak memotong pokok tersebut menggunakan 3 buah chain saw dan seterusnya memasang canvas di ruang atap yang terjejas. Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku semasa kejadian. Pegawai hadir SSFR Hj Afiq bin Hj Julah, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi G.


Seranan Jabatan Bomba dan Penyelamat:


1. Elakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok tersebut.


2. Pokok merupakan elemen yang penting bagi manusia dan haiwan akan tetapi ianya juga boleh mendatangkan kemudaratan dan risiko kepada sekeliling seperti pokok tumbang boleh merebahi rumah semasa cuaca tidak menentu.


3. Pokok-pokok yang ditanam mestilah sentiasa dijaga dan diawasi serta dipotong (trimming) sebelum keadaan tidak terkawal.


4. Jangan meletakkan kereta awda berdekatan dengan pokok-pokok besar ditakuti perkara yang tidak diingini akan berlaku.


Dikesempatan ini Jabatan Bomba dan Penyelamat menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal, Live Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

PANGGILAN POKOK TUMBANG YANG MELIBATKAN ATAP RUMAH 1.jpg

PANGGILAN POKOK TUMBANG YANG MELIBATKAN ATAP RUMAH 2.jpg


Created at 11/09/2021 07:37 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 11/09/2021 07:37 by Shahidah Binti Hj Othman