Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MENANGKAP SEEKOR ULAR SAWA BERUKURAN 5 METER PANJANG DI DALAM REBAN ITIK

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MENANGKAP SEEKOR ULAR  SAWA BERUKURAN 5 METER PANJANG DI DALAM REBAN ITIK.jpg



Bandar Seri Begawan, 10hb September 2021, hari Jumaat.


Seramai 3 orang anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Kebun telah dikejarkan ke insiden gangguan binatang liar(ular) yang diketuai oleh Pmk ASO Muhd Muzri Adlee Bin Haji Umar, di kawasan Kampong Putat.


Di tempat panggilan didapati seekor ular Sawa berukuran lebih kurang 5 meter panjang, berada di dalam reban itik. Anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut dengan menggunakan peralatan 'snake catcher'. Seterusnya dilepaskan ke habitatnya di kawasan yang jauh dari tempat kawasan perumahan bagi memastikan keselamatan orang awam daripada bahaya.


Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat:


1. Jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


2. Memastikan pintu rumah/bangunan dan jendela dalam keadaan tertutup Jika awda tidak berada di rumah bagi mengelakkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular, buaya dan monyet memasuki rumah awda.


3. Reban ayam atau itik menarik perhatian binatang liar seperti ular. Pastikan persekitaran rumah dan reban dalam keadaan bersih dan teratur (house keeping).


Dikesempatan ini Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


Created at 11/09/2021 07:47 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 11/09/2021 07:47 by Shahidah Binti Hj Othman