Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SERAMAI 64 ORANG WARGA SEKOLAH ST. GEORGE MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

SERAMAI 64 ORANG WARGA SEKOLAH ST. GEORGE MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN.jpg



Bandar Seri Begawan, 23 November 2022, Hari Rabu 


Seramai 64 orang warga sekolah St. George diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran & Pratikal Pengunaan Alat Pemadam Api yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan  Awam, Cawangan Operasi A.


Taklimat adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga Sekolah St. George disamping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran. Turut hadir bagi menghadiri taklimat tersebut ialah Yang Mulia Cikgu Janidi Jingan, Pengetua Sekolah St. George.


Latihan Pengosongan Bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.


Jabatan ini juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan. 


Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


SERAMAI 64 ORANG WARGA SEKOLAH ST. GEORGE MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 1.jpg

SERAMAI 64 ORANG WARGA SEKOLAH ST. GEORGE MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 2.jpg

SERAMAI 64 ORANG WARGA SEKOLAH ST. GEORGE MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 3.jpg


Created at 24/11/2022 08:18 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 24/11/2022 08:18 by Shahidah Binti Hj Othman