Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Keselamatan Kebakaran

83505587_3913567138668937_5588874211654369280_o.jpg

Bandar Seri Begawan, Khamis, 23 Jan 2020

 Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi F mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran kepada seramai 64 orang rekrut Setia Protective Security Services (SPSS).

Taklimat disampaikan oleh Yang Mulia ABK 657 Pg Alita bin Pg Hj Aji bersama Yang Mulia AB 1199 Md Syahiran bin Hj Yahya dan di ketuai oleh Yang Mulia Pegawai Balai Aliman bin Hj Salleh di Bangunan Setia Protective Security Services.

Tujuan taklimat ialah bagi meningkatkan kesedaran kepada kakitangan mengenai bahaya kebakaran, keselamatan mengenai cuaca yang tidak menentu. Memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran di dalam bangunan. Membolehkan interaksi , kerjasama dan menguatkan perhubungan diantara Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pihak SPSS. 

Dikesempatan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal dan Taklimat Life Saver 995 bagi mengetahui langkah langkah aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api khusus bagi Jabatan Kerajaan, syarikat swasta, sekolah-sekolah, penduduk kampong dan Rancangan Perumahan Negara di negara ini.

Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi keselamatan kebakaran hendaklah meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan semua, memastikan pemasangan dan penyambungan pendawaian elektrik dibuat oleh orang yg berkemahiran dan diiktiraf atau bertauliah serta mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan disarankan agar sentiasa meningkatkan pencegahan kebakaran, tidak merasa cemas sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan menghubungi talian kecemasan Bomba 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 11/02/2020 13:59 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 12/02/2020 09:43 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah