Daerah Brunei dan Muara, 15 Januari 2023, Hari Ahad
Pada sebelah pagi kelmarin, satu kejadian kemalangan kereta melibatkan kebakaran telah berlaku di kawasan Kg Tanah Jambu. Seramai 8 orang anggota dari Balai Bomba Muara yang diketuai oleh DSO Abas bin Hj Ahmad telah dikejarkan ke tempat tersebut.
Setibanya di tempat kejadian didapati 2 buah kenderaan jenis sedan telah mendapat kemalangan dan salah satu kereta tersebut telah terbakar keseluruhan. Anggota bomba segera bertindak memadam menggunakan satu jet hos dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa 3 minit.
Dalam kejadian tersebut, 3 orang mangsa mendapat kecederaan dan telah dibawa ke hospital RIPAS mengunakan kereta ambulans. Punca api dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat:
1. Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau sistem eletrik.
2. Bagi mendapatkan maklumat mengenai dengan penyelenggaran kenderaan, bengkel - bengkel kenderaan serta syarikat stesen pemeriksaan yang diiktiraf olh JPD, bolehlah memuat turun buku "understanding your vehicle" melalui pautan http:///www.mtic.gov.bn/vehicle/Home.aspx
Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal,Live Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.