Daerah Tutong, 14 Januari 2023, Hari Sabtu
Pada hari Jumaat petang, satu kejadian kebakaran kenderaan telah berlaku di km 73 Lebuhraya Muara-Tutong. Seramai 10 orang anggota beserta Dua jentera Bomba dari Balai Bomba Tutong telah dikejarkan ke tempat insiden kebakaran kenderan sejurus menerima panggilan.
Setibanya di tempat kejadian didapati sebuah kenderaan Jenis saloon telah terbakar keseluruhannya. Anggota bomba segera bertindak memadam menggunakan satu jet hos dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam masa 3 minit.
Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa semasa kejadian. Punca api dan anggaran kerugian masih dalam siasatan
Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat:
1. Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau sistem eletrik.
2. Bagi mendapatkan maklumat mengenai dengan penyelenggaran kenderaan, bengkel - bengkel kenderaan serta syarikat stesen pemeriksaan yang diiktiraf olh JPD, bolehlah memuat turun buku "understanding your vehicle" melalui pautan http:///www.mtic.gov.bn/vehicle/Home.aspx
Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal,Live Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.
