Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Pencegahan Kebakaran

Taklimat Pencegahan Kebakaran dan Tatacara Penggunaan Alat Pemadam Api.jpg

Tutong, Selasa, 14 Jan 2020

 Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengadakan taklimat pencegahan kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api' melalui dari Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘E’ bersama Unit Keselamatan Kebakaran/Penguatkuasaan dan Penyiasatan serta Unit Logistik bagi seramai 28 orang guru-guru beserta 278 murid sekolah bertempat di Sekolah Nusa Jaya Kampung Keriam, Tutong.

Taklimat disampaikan secara teori dan praktikal oleh Yang Mulia Pegawai Balai Hamdani bin Sidek bersama 4 orang anggota bomba. Ianya bagi meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kesedaran orang awam beserta cara pemadaman penggunaan alat pemadam api dan selimut api yang betul. 

Saranan JBP Kebakaran boleh berlaku pada bila- bila masa oleh itu:

• Meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa cuaca tidak menentu.

• Pastikan pemasangan dan penyambongan pendawaian elektrik di buat oleh orang yang berkemahiran dan diiktiraf atau bertauliah serta mendapat kelulusan dari pihak jabatan perkhidmatan elektrik.

• Disarankan agar sentiasa meningkatan pencegahan kebakaran,tidak merasa cemas sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan menghubungi talian kecemasan Bomba 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 11/02/2020 14:10 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 12/02/2020 09:49 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah