Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SERAMAI 16 PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

SERAMAI 16 PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL.jpg


Bandar Seri Begawan,04 Mac 2023, Hari Sabtu 


Seramai 16 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam telahpun mengikuti kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 27 Februari 2023 hingga 01 Mac 2023 bertempat di Ibu Pejabat JBP, Jalan Landasan Lama Berakas yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Ibu Pejabat. Pada hari ketiga, peserta kursus telahpun membuat latihan pengosongan bangunan di bangunan Jabatan Perkhidmatan Awam dan berjaya mengeluarkan seramai 260 pegawai dan kakitangan di dalam bangunan tersebut.


Semasa kursus dijalankan para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai:-


1. Sebab dan punca berlakunya kebakaran,


2. Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik,


3. Tatacara pengunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul,


4. Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran,


5. Lawatan ke Balai Unit Operasi Wanita dan mengenali  perkakas-perkakas dan peralatan Bomba.


Di kesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, LS995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


SERAMAI 16 PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL 1.jpg

SERAMAI 16 PEGAWAI DAN KAKITANGAN KERAJAAN DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL 2.jpg

Created at 16/03/2023 07:12 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 16/03/2023 07:12 by Shahidah Binti Hj Othman