Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad ke 48/2019 - 2020

Tamat Latihan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad 48.jpg

Bandar Seri Begawan, Jumaat, 13 Mac 2020 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telahpun mengadakan Majlis Upacara Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad ke 48 Tahun 2019 – 2020 dengan keramaian 80 orang Ahli Bomba Pelatih Lelaki, bertempat di Padang Kawad Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama, Berakas

PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH TERBAIK BAGI AHLI BOMBA PELATIH LELAKI SKUAD KE-48 TAHUN  2019-2020 :

1.         AHLI BOMBA PELATIH LELAKI 1362 MUHAMAD FAIZ FARHAN BIN KAMAT ( TERBAIK DALAM TEORI )

2.         AHLI BOMBA PELATIH LELAKI 1364 MOHAMAD EFIEZUL HAQIM BIN MURAH ( TERBAIK DALAM PRAKTIKAL )

3.         AHLI BOMBA PELATIH LELAKI 1381 MUHAMMAD HAAZIM IS’AD BIN MOHAMMAD JEFF AZLAN ( TERBAIK DALAM LATIHAN JASMANI )

4.         AHLI BOMBA PELATIH LELAKI 1366 MOHAMMAD NURJAD BIN ABDUL AZIZ ( TERBAIK DALAM SEMUA JURUSAN )

5.         AHLI BOMBA 1011 MOHAMMAD FAKHRUL ANWAR BIN HAJI BAKRI ( JURULATIH TERBAIK SEPANJANG KURSUS DIJALANKAN ) 

Ahli – ahli Bomba Pelatih yang telah menamatkan latihan adalah disarankan untuk terus meningkatkan disiplin masing-masing dan ditekankan agar tidak melakukan sebarang perkara yang melanggar peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam dan undang-undang negara secara khususnya apabila mereka ditempatkan di Balai-Balai Bomba yang berkenaan. Dalam hubungan itu juga, setiap anggota tidak akan lari dari memberikan pengorbanan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dibebankan ke atas mereka kepada masyarakat dan negara.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Awang Ajman bin Haji Meludin, Timbalan Setiausaha Tetap ( Keselamatan dan Kesejahteraan ).


Created at 17/03/2020 14:38 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 17/03/2020 14:38 by Shahidah Binti Hj Othman