Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Serah Terima Tugas Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’

Majlis Terima Serah Tugas Pemerintah Cawangan Operasi D.jpg


Bandar Seri Begawan, 25 Ogos 2020, Selasa, Majlis Serah Terima Tugas Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’ telah diadakan di Balai Bomba Sungai Kebun yang mana majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai dikepalai oleh ABKS 693 Khairul Amlin Bin Mohammad.


Penandatanganan Sijil Serah Terima Tugas didahului oleh Mantan Pemerintah Operasi 'D' Penguasa Kanan Abdul Hadi Zulfadli Bin Haji Yahya dan seterusnya diikuti dengan Pemerintah Operasi 'D' yang baru iaitu Penguasa Kanan Muhd Shahreeni Bin Haji Yussof.


Majlis berkenaan disaksikan oleh Timbalan Pemerintah Cawangan Operasi 'D' Penolong Penguasa Mohammad Sophian Bin Haji Mohd Yusuff dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada mantan Pemerintah Cawangan Operasi 'D' disampaikan oleh Timbalan Pemerintah Cawangan Operasi 'D'. 


Turut hadir ialah Stesen-Stesen Komander Balai Bomba Sungai Kebun dan Balai Bomba Pelancaran.

Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat


Created at 08/09/2020 08:59 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/09/2020 08:59 by Shahidah Binti Hj Othman