Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Seramai 40 Peseeta mengikuti Kursus Fire Marshal (3 HARI)

120650126_4982657585093215_570123499546226787_o.jpg


Bandar Seri Begawan. 02 Oktober 2020


Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan kursus 03 hari bermula pada 28 hingga 30 September 2020 di Jalan Landasan Lama, Berakas.


Seramai 40 orang yang menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Syarikat Petroleum Kebangsaan Brunei, JAB GYM Brunei, CAE Brunei Multi - Purpose Training Centre dan Authority for Info - Communications Technology Industry of Brunei Darussalam didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran di praktikan di tempat kerja.


Peserta juga secara teori dan praktikal mempelajari akan sebab dan punca berlaku kebakaran. Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan penggunaan alat pemadam api yang betul serta membuat latihan pengosongan bangunan yang bersistematik. 

Jabatan Bomba dan Penyelamat menawarkan Taklimat Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal selama 3 hari. Sebarang pertanyaan hubungi Ibu Pejabat Bahagian Perhubungan Awam di talian 2380409 sambungan 111.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


Created at 13/10/2020 14:13 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 13/10/2020 14:13 by Shahidah Binti Hj Othman