Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Taklimat Keselamatan Kebakaran

Taklimatan Keselamatan Kebakaran.jpg




Bandar Seri Begawan. 7 November 2020, Sabtu. Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi ‘A’ telah memberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran kepada Guru-Guru, Murid- Murid serta Kakitangan Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas Subok, bertempat di Kampong Subok.


Seramai 30 orang guru, 227 orang  murid dan 12 orang kakitangan menghadiri taklimat tersebut yang mana mereka didedahkan mengenai antara punca-punca kebakaran berlaku, beberapa cara-cara menyelamatkan diri daripada kecemasan kebakaran dan Mereka juga diajarkan secara praktikal cara-cara menggunakan alat pemadam api yang betul dan pengosongan bangunan sekolah tersebut.

123803283_5154573444568294_1712498730662597282_o.jpg


124003344_5154573441234961_7398214492961050738_o.jpg

Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-asepk keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api khususnya.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 serta memberikan maklumat yang tepat.


Created at 18/11/2020 10:43 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 18/11/2020 10:43 by Shahidah Binti Hj Othman