Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

99 Orang Pegawai dan Kakitangan Jabatan Muzium-Muzium mengikuti Taklimat 'Life Saver 995'

124064616_5155957211096584_3456736146698967303_o.jpg



Bandar Seri Begawan, 09.11.2020, Isnin, Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan Taklimat mengenai 'Life Saver 995'  kepada 99 orang Pegawai dan Kakitangan dari Jabatan Muzium - Muzium, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bertempat di bangunan Arkib Negara.


Dalam taklimat ini, telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran dan juga keselamatan lainnya.


123977090_5155957214429917_5577485014471560923_o.jpg


Peserta telah didedahkan mengenai isu Keselamatan melalui teori dan praktikal dan didedahkan tentang penggunaan alat pemadam api yang betul mengikut kelas - kelas api.

124180554_5155957207763251_696223145142547405_o.jpg


Jabatan Bomba dan Penyelamat juga ada menawarkan Taklimat Keselamatan Kebakaran dan Kursus Fire Marshal selama 3 hari. Sebarang pertanyaan Sila hubungi Ibu Pejabat Bahagian Perhubungan Awam di talian 2380409 sambungan 111.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.



Created at 18/11/2020 10:48 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 18/11/2020 10:52 by Shahidah Binti Hj Othman