Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Operasi menangani Banjir tadahan Balai Bomba Cawangan Operasi 'B' Kuala Belait

OPERASI MENANGANI BANJIR TADAHAN BALAI BOMBA CAWANGAN OPERASI 'B' KUALA BELAIT 1.jpg





Selasa 01 Disember 2020, Seramai 20 orang pegawai dan anggota dari balai-balai bomba tadahan cawangan operasi 'B' yang diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba Noor Aflan Bin Awg Kachi,Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B dikerahkan bertugas di ICP Sg Mau bagi menangani Operasi Banjir di kawasan Ulu Belait iaitu Mukim Bukit Sawat, Mukim Sukang dan Mukim Labi bersama 07 buah agensi kerajaan iaitu :


1) Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

2) Jabatan Daerah Belait

3) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei 

4) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi B, Daerah Belait

5) Jabatan Kesihatan, Daerah Belait

6) Paramedik E.M.A.S  Daerah Belait 

7) Jabatan Pembangunan Masyarakat, Daerah Belait


ICP Sg Mau telah aktifkan pada 29 November 2020 di Dewan Sebaguna Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat oleh YM Awg Ramlee Bin Haji Jamudin, Pegawai Daerah Belait dan beroperasi sepenuhnya 24 jam. Orang kampong juga boleh menghubungi ICP Sg Mau di talian 3339048 atau 3339049 bagi bantuan kecemasan dan pengangkutan di kawasan yang terjejas.


Antara tugas dan peranan yang dijalankan sewaktu bertugas di ICP adalah: -

1) Membuat Pemantauan Banjir dari masa ke semasa

2) Bantuan penghantaran penduduk kampong yang terjejas untuk keluar bekerja dan balik bersama pihak ABDB ( point to point yang telah ditetapkan )

3) Bantuan penghantaran Catuan dari Pihak JAPEM bagi penghuni rumah yang terjejas

4) Membawa lawatan ke kawasan rumah yang terjejas


Jika berlaku kecemasan teruslah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat sesegeranya jika ada sebarang kecemasan di talian kecemasan 995 dengan memberikan maklumat yang tepat


Created at 08/12/2020 11:14 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/12/2020 11:14 by Shahidah Binti Hj Othman