Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

EKSESAIS CAKAH 2020 (ExC 20)

EKSESAIS CAKAH 2020 (ExC 20) 1.jpg



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 03 Disember 2020 – Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui Cawangan Operasi ‘F’ telah mengadakan latihan kecemasan Eksesais Cakah 2020 (ExC 20) Operasi Mencari dan Menyelamat di dalam hutan ( S.A.R / Jungle Rescue) untuk meningkatkan persiapan operasi bersepadu  bersama agensi-agensi :


1. Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB)

2. Emergency Medical Ambulance Services (EMAS)

3. Jabatan Perhutanan (JPH)

dengan keramaian seramai 128 orang.


Senario latihan melibatkan 4 orang awam telah mendaki bukit Shahbandar dalam berkumpulan dan persendirian. Pada masa yang sama keadaan cuaca berubah menjadi mendung dan ribut disertai dengan angin kencang (tahap kuning),hingga menyebabkan orang awam tersebut terjatuh kedalam gaung yang curam sejauh kurang lebih 25 – 30 meter. Salah seorang daripadanya sempat berpaut pada sepohon pokok sejauh kurang lebih 15 meter.


Objektif latihan adalah:

• Menyelaraskan prosedur tindak balas serta keberkesanan interoperability diantara agensi-agensi keselamatan.

• Menilai keberkesanan perlaksanaan Pelan Tindakan Kecemasan setiap agensi dan perintah serta kawalan dalam melaksanakan operasi bersama.

• Mengenal pasti jurang keupayaan (Capability Gaps) dan persiapan dalam meningkatkan keupayaan agensi-agensi keselamatan dalam menangani kecemasan yang melibatkan Operasi Mencari dan Menyelamat (S.A.R, Jungle Rescue).


Tujuan adalah untuk:-

• Bagi mengukuhkan keupayaan agensi-agensi berkaitan dalam bertindak secara bersepadu menangani Operasi Mencari dan Menyelamat (S.A.R, Jungle Rescue) pada bila-bila masa.

• Untuk menilai keberkesanan dan mengemaskini pelan tindakan kecemasan dan prosedur tetap operasi setiap agensi dalam menangani kecemasan yang melibatkan Operasi Mencari dan Menyelamat dalam hutan.

Jabatan Bomba dan penyelamat menekankan kepada orang ramai khususnya bagi pengemar hiking agar :-


Pastikan tahu akan keadaan cuaca dari masa ke semasa dan tidak meneruskan aktiviti jika keadaan sudah mulai gelap ( 6pm ).

Jangan mendaki bukit secara berseorangan ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku dan maklumkan kepada keluarga atau kawan-kawan dimana tempat awda hendak tuju.

Untuk keselamatan awda semasa hiking disarankan agar awda membawa bersama wisel, lampu, telepon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan.


Jika berlaku sebarang insiden melibatkan kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dengan segera dan berikan maklumat yang tepat.

EKSESAIS CAKAH 2020 (ExC 20) 3.jpg

EKSESAIS CAKAH 2020 (ExC 20) 2.jpg

EKSESAIS CAKAH 2020 (ExC 20) 4.jpg

EKSESAIS CAKAH 2020 (ExC 20) 5.jpg

EKSESAIS CAKAH 2020 (ExC 20) 6.jpg

Created at 08/12/2020 11:28 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/12/2020 11:28 by Shahidah Binti Hj Othman