Bandar Seri Begawan, Jumaat 05 Februari 2021. Seramai 18 orang Pegawai dan Kakitangan daripada bank BIBD mengikuti kursus Fire Marshall selama 3 hari bermula pada 08 hingga 10 Februari 2021 bertempat di Balai Bomba Bandar Seri Begawan yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan pratikal mengenai :-
- Sebab dan punca berlakunya kebakaran,
- Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.
- Tatacara penggunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul
- Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.
- Lawatan ke Unit Operasi Wanita bagi mengetahui fungsi bomba wanita serta mengenali perkakas-perkakas dan peralatan bomba.
Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Umum Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.
